Ma pages

August 25, 2010

Syafaat Untuk Kita Semua



Seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Auf bin Malik bercerita, suatu hari Nabi s.a.w. bersabda kepada kami, “Tahukah engkau apa yang telah ditawarkan Tuhanku malam tadi kepadaku?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah menawarkan kepadaku sama ada memasukkan sesetengah umatku ke dalam syurga, atau memberiku syafaat. Aku lalu memilih syafaat.”
Kami lalu berkata, “Wahai Rasulullah, mintakanlah kepada Allah agar menjadikan kami termasuk dalam golongan ahli syafaatmu.”
Baginda menjawab: “Syafaat ini untuk semua Muslim.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah ini sengaja saya pilih untuk membuka perbincangan kita tentang syafaat Rasulullah s.a.w., kerana isinya melahirkan kegembiraan di hati setiap orang yang membacanya.

Makna Syafaat

Secara bahasa, syafaat berasal daripada kata al-syaf’u, maknanya “genap” (lawannya ganjil). Syafaat dengan demikian mengandungi makna “menggenapkan” sesuatu, yakni membantu pihak lain melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan dirinya sendiri. Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab berkata, “Syafaat ialah perkataan seseorang kepada raja untuk meminta hajat bagi orang lain.”
Sewaktu kita berbicara pada Hari Pembalasan, maka yang menjadi Raja pada hari itu adalah Allah s.w.t. yang menampilkan diri-Nya sebagai penentu nasib setiap makhluk. Pada hari itu, “Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah melainkan dengan izin-Nya.” (Surah al-Baqarah 2: 255). Maka hanya hamba-hamba yang sangat dekat kepada Allah sahaja yang memperoleh kehormatan untuk membantu orang lain.
Keyakinan dengan adanya syafaat ini merupakan aqidah yang menjadi pegangan Ahli Sunah waljamaah. Berkata al-Qadhi Iyad al-Maliki sebagaimana nukilan Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, “Berbagai athar (hadis) yang keseluruhannya mencapai darjat mutawatir menunjukkan adanya syafaat bagi orang yang berdosa di akhirat, dan ini menjadi perkara yang telah menjadi ijmak di kalangan ulama Ahli Sunah Waljamaah sejak generasi salaf dan khalaf hingga hari ini.”
Al-Qadhi Iyad juga menjelaskan bahawa sekelompok manusia daripada puak Muktazilah dan Khawarij menolak adanya syafaat ini. Mereka berhujah dengan beberapa ayat al-Quran yang kesemuanya jika diperhatikan dengan teliti, berkaitan dengan orang kafir. Maka ayat ini tidak boleh dikenakan bagi orang beriman yang melakukan dosa lalu dimasukkan ke neraka. Hal ini kerana terdapat hadis-hadis Nabi yang mutawatir menjelaskan bahawa syafaat dapat menyelamatkan mereka dengan izin Allah s.w.t.
Lagi pula, kalau kita renungi secara mendalam syafaat ini sebenarnya tidak lain merupakan salah satu perwujudan daripada sifat rahmat Allah s.w.t. kepada seluruh hamba-hamba-Nya. Rahmat ini diperlihatkan melalui hamba-hamba pilihan-Nya untuk menampilkan kelebihan mereka kepada semua manusia yang lain.

Syafaat Terbesar
Antara hamba-hamba pilihan itu ialah Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. satu-satunya hamba Allah yang memiliki al-Maqam al-Mahmud (Maqam yang Terpuji). Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, salah satunya aku diberikan syafaat.”
Hadis ini tidak bermakna bahawa syafaat hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan tidak dimiliki oleh nabi-nabi lain. Namun apa yang ingin kita bicarakan kali ini ialah tentang sebuah syafaat khas yang eksklusif dimiliki Rasul Akhir Zaman, iaitu apa yang dikenal dalam ilmu aqidah sebagai al-Syafaatul ‘Uzma (Syafaat Terbesar).
Begitu luas dan besarnya syafaat ini, hingga ianya meliputi semua makhluk. Walaupun bukan berasal daripada umat Baginda, iaitu syafaat yang melepaskan semua ahli mahsyar yang telah penat kerana seksaan zahir dan batin sekian lama untuk menunggu proses hisab dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan sifat Baginda yang diutus Allah s.w.t. sebagai rahmat bagi sekalian alam, juga dengan syariat Baginda yang meliputi seluruh manusia.
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., “pada hari kebangkitan, semua umat manusia berlutut, setiap umat akan mengikuti seorang nabi dan berkata kepadanya, “Wahai polan, tolonglah kami.” Nabi itu terus menolak, hingga mereka mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka pada saat itulah, Allah menempatkan Baginda di al-Maqam al-Mahmud (maqam yang Terpuji).”
Abu Hurairah dan Anas bin Malik meriwayatkan hadis ini dengan lebih terperinci sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Ringkasnya, semua manusia pertama kali mendatangi Nabi Adam, lalu Nabi Ibrahim, lalu Nabi Musa hingga ke Nabi Isa a.s. Namun kesemua nabi-nabi ini tidak berani meminta kepada Allah s.w.t untuk memulai hisab. Semua manusia kemudiannya akan menemui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda segera bersujud di bawah Arasy sambil memuji Allah dengan berbagai pujian yang Allah ilhamkan kepadanya.
Beberapa lama kemudian, Allah berfirman kepada kekasihnya ini yang antaranya bermaksud: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu. Mintalah, maka engkau akan diberi. Dan berikanlah syafaat, maka syafaatmu akan diterima.” Pada saat itulah, Rasulullah meminta agar Allah memulai hisab untuk umatnya. Allah, Raja Hari Pembalasan segera mengabulkan permintaan tersebut.

Syafaat untuk Ahli Neraka

Demikianlah Syafaat Terbesar yang hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Namun selain syafaat ini, Baginda terus diizinkan untuk memberikan syafaat bagi menolong setiap umatnya yang memerlukan bantuan. Di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, Baginda bersabda yang bermaksud: “Setiap Nabi memiliki doa yang pasti Allah kabulkan, dan aku menyimpan doa tersebut sebagai syafaat bagi umatku di akhirat nanti.”
Syafaat ini diperlukan kerana Rasulullah s.a.w. memiliki bilangan umat yang paling ramai dibandingkan nabi-nabi yang lain, dan tidak semua orang daripada umat Baginda yang mencapai kesempurnaan amal. Ramai antara mereka yang terjatuh ke dalam lembah maksiat terutamanya kerana mengikuti dorongan hawa nafsu.
Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melihat apa yang dilakukan umatku setelahku, mereka menumpahkan darah saudara mereka sendiri. Aku berasa sedih melihat hal itu, namun itu telah menjadi ketentuan Allah sebagaimana yang terjadi pada umat-umat lainnya. Aku lalu meminta kepada Allah agar diizinkan memberi syafaat bagi mereka pada hari kiamat, Allah lalu mengizinkannya.”
Baginda terus meminta kepada Allah untuk mengeluarkan setiap orang daripada umatnya yang berada di neraka sehingga tidak seorang pun yang tertinggal di tempat itu. Allah mengabulkan syafaat Rasulullah sebagai perwujudan janji-Nya yang maha benar, “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga kamu menjadi puas.” (Surah al-Duha 93: 5)
Al-Qadhi Iyadh menyebutkan beberapa bentuk syafaat yang Nabi s.a.w. berikan kepada umatnya. Antara lain, memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga tanpa hisab, mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka bagi orang yang telah diputuskan masuk ke dalamnya, juga mengeluarkan sebahagian yang lain dari neraka setelah mereka memasukinya.
Semua syafaat Rasulullah yang berbagai bentuk itu akan memberi manfaat kepada semua umat Baginda tanpa terkecuali. Umat Baginda ialah setiap orang yang pernah mengucapkan kalimat syahadat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Dalam Sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu?” Mendengar soalan itu Baginda menjawab, “Aku sudah mengagakkan bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkara ini, kerana kecintaanmu kepada hadis-hadisku. Sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku pada hari kiamat nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat ‘tidak ada tuhan selain Allah’ dengan ikhlas daripada dasar hatinya.”
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Di manakah aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di titian sirat.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di tempat penimbangan amal.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di sana?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Carilah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini.” Jelas di sini, Rasulullah akan selalu hadir di tempat-tempat yang sangat memerlukan di sepanjang proses hisab.

Wasilah

Setelah mengetahui hakikat ini, selayaknya bagi setiap Muslim yang berasa diri banyak dosa, ia selalu mengharapkan bantuan dan syafaat Rasulullah s.a.w. Dan itu dapat diusahakan dengan memperbanyakkan amalan sunah yang menjadikan kita layak mendapatkan syafaat Baginda. Siapa yang selalu melanggar sunah, semakin jauh ia daripada syafaat Nabi di akhirat.
Dalam Sahih Muslim menyebut hadis daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu mendengar seruan muazin, maka ucapkanlah seperti ucapannya, lalu kamu berselawat kepadaku. Maka sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah wasilah untukku, sesungguhnya demikian itu adalah sebuah tempat di syurga yang tidak patut didiami melainkan seseorang hamba Allah sahaja, dan aku berharap akulah orangnya. Barang siapa yang memintakan wasilah untukku, maka ia pasti mendapatkan syafaatku.”

August 24, 2010

Dugaanku

lamanya tidak bertinta,,,

kebatasan waktu...mmbuatkan bloggerku sunyi dari kata2..
sedikit sharing mengenai satu peristiwa y berlaku dlm hidupku baru2 ini.. xsangka demam dan sakit badan y dirasai rupa2 rupanya adalah jangkitan virus nyamuk eades! '' bertuah betol si nyamuk ne gigit aku,,, Free jer kena DENGGI..huhu..'' Sungguh ini pengalaman pertamaku..Bermula ketika aku & rakan2 mengikuti satu daurah Ramadhan berdekatan pusat pengajianku,,( tapi sakit kepala tu dari rumah sewa kesayanganku ne lagi)

Apa y berlaku masa Daurah ???

Malam pertama selepas iftar..lagakku maseh okie ..even, dah rasa2 penin2 lalat time tu.. sehinggalah semua org abes tarawikh dan sedikit tazkirah dari sorg kakak... pastu masing2 dibenarkan prepare untuk tidur @ digalakkan utk buat amalan2 sunat.. Aku yang masih penin2 lalat tanpa segan silu mengambil keputusan utk terus tidur... Setelah toto dibentang, bantal disusun aku pun terus menghempapkan tubuh kecilku di atas toto.. Entah kenapa tiba2 aku dilanda sejuk yang teramat..walaupun kain batik comelku menjadi mangsa sebagai selimutku ia langsung x memberi kesan..lantas, kain telekungku pula menjadi mangsa...Sungguh x senang tidur aku malam tu.. sejam sekali pasti terjaga disebabkan kepalaku yang sakit dan kesejukan yang amat sangat....!! ''kesian bobo di sebelah..sorry ya.." imsak pagi keesokannya aku gagahi bangun siapkan sahur.. (yela..jadi Ajk Makanan aku time tu) Setelah sahur...aku terus mandi demi menghilangkan sakit kepalaku y membelenggu ini..Alhamdulillah...kureng la sikit.. Setelah baca mathurat selepas Subuh aku kembali ke tempat tidurku...untuk baring sementara... ''Aduh... migrainku semakin berleluasa nampaknya..." Rakan2 terdekat menyedari apa yang berlaku... " Tidurla Sarah......" Kata mereka... Time akhwat2 lain bersenam di bawah.. aku mengerepot sejuk di atas..Kedengaran dari jauh.. irama Ruhul Jadid dan Senaman Si Tommy.. "aaah.... bestnya derang....rugi2.." Keluh hati kecilku..

Slot pertama pagi itu...aku gagahi utk ikut serta... Rugi rasanya kalau x mendengar Perkongsian kakak2 @ akhwat2 dari Oukland ne,... Namun.. nampaknya keadaan x mengizinkan...panas badan mula menular...sudahla migrainku x hilang lagi... Aku lantas.. meminta izin dari Ukhti Che Ah untuk berehat di atas.... Tumpuanku sudah hilang kemana.. Rehatlah aku dengan linangan air mata,,,huhu...:'( sakit kepala x terhingga.. Tengah aku rehat ade sorg kakak datang bawa roti arab...uiks... ( aku x posa ritu.. Allah bagi cuti ..kebetulan..he5) Dye paksa aku makan roti tu ngan ubat sekali... huhu... Lepas la sesuap...pastu dah nak terkeluar balik dah... Apapun, syukran jazilan Ukhti Aifa..:)

Dua tiga orang mnyarankan agar aku dibawa ke klinik,,, uiks.. xyah la...huhu.. bawakan aku blek umah je..Baliklah aku ditemani oleh sorg akhawat... xingat pula namanya..
Sesampai di rumah...Terus aku mencari tilam@toto empukku.. K.Fiza terus bertanya... "Aik...dah balik dah...?" xnak g klinik ke.... " lebih kurang begitula soalannya... Aku lantas menjawab... ''xpela...sikit jer..." ( jual mahal konon:D)

Keadaan aku berlarutan bermula malam jumaat... sehingga ke hari Ahad.. Nampakya,.. Ahad tu aku tewas...Aku bersama Kak Amal ke Klinik Aman.. Sebuah Klinik panel USM.. Yang tu jer bukak ari Ahad...Di situ, xda apa y berlaku...Dokter jer bagi ubat..tanpa MC..

Esoknya..(Isnin)

''Macamna nak ke kelas ne...aduh!.." xlarat lagi...huhu... Dengan bantuan Kak Amal sekali lagi aku ke Klinik...tapi kali ini Klinik Syifa'... MC dua hari Dokter ba'i bagi.. alhamduillah..

Lusanya...(Rabu)

Keadaanku yang mula sakit2 otot dan loya ditambah pula najis berdarah... menyebabkan Kak Fiza menceritakan keadaanku kepada Mak Cik Pah.. Hal itu, memaksa aku untuk aku ke Klinik Syifa' sekali lagi ditemani Mak Cik Pah pula kali ini.. Wah! ade keta hitam depan Klinik..means.. Dr Daniel bertugas..malunya... Sempat lagi hati kecilku bermonolog sendiri..huhu.. " Awak kena banyakkan makan sayur dan buah2an.. habeskan juga ubat2 yang saya bagi tu... kalau x ok datang balek..." ngomel Dr Daniel kepadaku...
"Baik Dokter..!!"..:D Terima Kaseh!"

Yeeaa..dapat MC lagi..sehari jela..(alhamdulillah)

hari Khamis...

haa...harini dah xde MC tau sarah zaini... hermm...cetus hatiku..
Dengan berpura2 kuat..aku mengajak kak Fiza utk naik moto hari ne ke kelas Aqidah.. means aku bawa moto.. " Larat ke Sarah??.." Seru Kak Fiza kepadaku... Dengan yakin aku membalas... " InsyaAllah..!! bleyh2..'' Nasib kami amek paper yang sama...:D Sebelum ke kelas tiba2 gusiku berdarah... " aih... napa plak ne" ngomel aku sendirian... Sempat aku memberitahu kak Fiza akan situasi itu,... " xpayahla ke kelas arini..." cadang Kak fiza.. "Aih...xpa2...lagipun xde MC rini.."balasku lemah.. " alaa... kak fiza bley settle dengan Dr Farid..jangan risau " pujuk kak Fiza. "Eh, xpela...ok ne.." jawabku degil..huhu
Dengan kedegilanku...pergilah kami bersama2 ke kelas Aqidah..

Setelah habes kuliah...Kak Fiza menyarankan aku untuk terus balik tanpa terus ikut kelas tutorial.. Aku mengangguk tanda setuju.... ( memang dah xlarat kot) Setelah minta kebenaran dari Dr Farid, aku lantas pulang........

Di rumah..

Tiba-tiba...aku mendapat calling dari kak Fiza..

" haa..sarah,cepat2 ciap...kita pergi hospital dengan Kak Aisyah.." seloroh Kak Fiza.

"haaaaa.....hospital!!??.. nak buat apa..'aduh.."..jawabku dalam keadaan terkejut.

"alaa...jomla..packing barang siap2..takut kena tahan.." balas kak Fiza.

Aduh...Sumpah! aku xnak pegi..huhu...sebab aku rasa xdela teruk sangat aku ne..
terpaksala aku siap apa yang patut tanpa packing barang2... ( xkan kena tahanla... sikit je ne...ceewah)

Di hospital...

Aku dan kak Fiza terus menuju ke Wad pesakit luar.. setelah ambil no. aku menunggu buat seketika... ''hermm..naseb xramai sangat'' getusku.. Tiba giliranku, pergilah aku ke suatu bilik bersama dengan Kak Fiza. Ade sorang Doktor India kat dalam. Setelah cek tekanan darah dan sembang cikit2 dengan doktor tu, aku disuruh untuk test darah..

HASILNYA....

"erm...memang DENGGI la dik..platlet dan lain2 suma rendah..dats why gigi awak berdarah..Kena tahan wad ne..." Senyum jer Kak Fiza tengok aku...heheh

AKU...

er..er....macam xcya... aku cek main2 jer.. rupanya betol..Nak wat mcmna... terpaksala....huhu...pergilah aku dan Kak Fiza menuju Wad Denggi..

Di Wad Denggi...(HOSP Pulau Pinang)

Setelah cek berat & tinggi..aku dibawa ke katil.. " aiseyh ...derang ne campur lelaki perempuan ke..aduh!." keluh aku sendirian.. xpatut kan.. herm.. Duduklah aku dikatil ditemani kak Fiza yang setia...hee..dalam masa yang sama Kak Aisyah balik ke rumah sewaku untuk ambil baju & barang2 peribadiku..Kesian derang kn.. Dalam 40min.. kak Aisyah sampai bersama dengan Ilah dan kak sumaiyah.. Dalam waktu itu, tanganku sudah dicucuk jarum untuk masuk air... sakit juga yer..:P petang itu juga Kak Laila ( salah sorg Doktor merangkap teman) datang melawatku dan menemaniku solat Asar.. Dye cakap.. Denggi ada 3 jenis... Denggi biasa, dan Denggi berdarah 1 & 2.. Aku, kategori Denggi Berdarah 1.....hermmm


Hari2ku bersama jarum, air, darah, nurse dan Doktor..
4 botol air dimasukkan kedalam tubuhku sepanjang aku ditahan selama 2 hari.. Fuh.. memang kenanganla..nasebla..demam kebah cepat dan darahku semakin normal.. xsanggup aku nak hidup lama2 kat wad Denggi tu... Susah kot nak solat, nak mandi nak itu nak ini.... sebab kena heret tanganku y berjarum dan botol air..huhu...
herm...sikit je kan dugaannya berbanding orang lain yang lebih teruk berminggu2 di hospital...penat..penat...lebih lama lagi kat situ, dah tentu2 xbleh angkat tangan pasal asik kena cucuk...sekarang pun dah lebam kiri kanan....@_@

SERONOKNYA...

tapi pengalaman y seronok....dilawati rakan2 dan keluarga... best sangat,,,terharu..T_T
jazakumullah sumanya...

SEKARANG..selasa/24 Ogos 10..

Tubuh kecilku maseh berasa kebas2, sengal2, lenguh2 dan sebagainya... walaupun demam dan sintom2 lain dah hilang...Solatku still kena duduk...sebab xleh nak diri lama... macam2 dah uzur sgt pulak...=_='' tangan n jari jemariku sukar untuk bergerak aktif... mengada2 kn...tapi memang itu y orang kata... bisa Denggi ne ( lenguh2) lambat pulih.... macam cikugunnya.( betol ke eja ne) lebih kurang,,,Apapun alhamdulillah aku dah bley ke kelas bermula hari ini... Banyakknya kerja tertangguh... sokeyh sarah... u can>>>>:DD

p/s : jagala kesihatan dan kebersihan rumah anda:P
: Denggi membunuh tau!

pen off...:D

August 12, 2010

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W

Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!

jubah Rasulullah SAW

Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.

Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?

Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?

Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.

Sama-sama peringat.

jubah Rasulullah SAW
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.

jubah Rasulullah SAW
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Sandal Rasulullah S.A.W

jubah Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.

jubah Rasulullah SAW

Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW

jubah Rasulullah SAW

Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.

jubah Rasulullah SAW

Bendera Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW

jubah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.

jubah Rasulullah SAW

Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir

jubah Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan

jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

jubah Rasulullah SAW
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

jubah Rasulullah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

jubah Rasulullah SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

jubah Rasulullah SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW

Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah …

August 8, 2010

Hadist Dhoif Seputar Ramadhan


Dasar yang menjadi pijakan kita sebagai umat muslim dalam beragama adalah al Quran dan as Sunnah. Dua hal tersebut yang menjadi rujukan bagi kita dalam hidup ini. Dan tentu saja, hal itu tidak disukai oleh musuh-musuh Islam. Karenanya mereka senantiasa mengacaukan pemahaman umat muslim tentang agamanya dengan membuat banyak sekali hadits-hadits palsu.

Mudah-mudahan ebook berjudul Hadits-hadits Dhoif Seputar Ramadhan karya Ustadz Arif Syarifuddin, LC dapat menambah pemahaman beragama kita sesuai al Quran dan as Sunnah yang shohih.

Selamat membaca..

Hadith Dhaif Ramadhan

Panduan Ibadah Ramadhan

Sebentar lagi bulan Ramadhan akan menyapa kita semua. Semoga di Ramadhan tahun ini, ibadah kita bisa lebih baik dibanding tahun-tahun sebelumnya. Untuk itu, perlulah kiranya kita mempersiapkan diri kita baik secara materi, fisik maupun keilmuan tentang bagaimana mengoptimalkan Ramadhan sebaik-baik mungkin.

Mudah-mudahan Panduan Ibadah Ramadhan karya Ustadz Iman Santoso bisa menambah semangat kita semua dalam menyambut datangnya bulan Ramadhan, dan tetap semangat dalam beribadah.

Selamat membaca


August 7, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.




...dapatkah aku baitul muslim...:)
There was an error in this gadget