Ma pages

July 24, 2010

Kenapa tak Leh tengok DIA..?


"Saya rasa, Allah berikan semua benda supaya kita percayakan Dia. Beri Al-Quran, beri alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tidak beri. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tidak beri yang ini, saya susah nak bulatkan keprcayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tidak beri peluang kita tengok Dia?"
Tanya Salina.

Sepi seketika.

Nampaknya semakin ramai yang menyertai perbualan kami. Bagus sebenarnya dikosongkan waktu antara Maghrib dan Isyak kerana berdasarkan pengalaman saya, Inilah waktu santai yang bisa mencungkil pelbagai cerita yang tidak boleh dicungkil di dewan kuliah.

"Salina, pelajar kelas Sains ke?"
"Ya," jawabnya.
"Ok, ustaz jawab ikut pelajaran Sains awak ya!" Saya memulakan jawapan.
Dia mengangguk.

"Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia perlu tunduk kepada undang-undang tertentu. Awak rasa undang-undang apa?" Saya mengujinya secara bertahap.

"Sunnatullah!" katanya. Mungkin memetik kuliah saya sebelumnya.

"Kita ketepikan istilah sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kene lemah dalam hukum sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada 'di atas' udang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu sains,"
saya mencuba perlahan-lahan.

Terkenang diskusi saya bersama Prof. Khazani dan beberapa orang rakan tentang hal-hal sebegini. Memanfaatkan sains untuk mengukuhkan kepercayaan.

"Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?" tanya beliau.

"Exactly!!! Benar. Betul sekali," Saya terpana dengan kesimpulan yang dibuatnya.

"Itulah makna kita menyebut Allah Huakbar!" Saya menambah paku.

Beliau mengangguk.

"Awak rasa macam mana?" Saya menyoal.
"Logik. Ok, thanks Ustaz.! ":D
- Oleh; Hasrizal Abdul Jamil (saifulIslam)

No comments:

Post a Comment

UrComment..