Ma pages

January 8, 2011

Rahsia labah-labah air boleh terapung


Rahsia labah-labah air (water spider), tidak tenggelam ketika memijak air ialah kerana badannya ditutupi bulu halus dan tapak kakinya boleh mengumuhkan minyak. Sememangnya minyak dan air tidak boleh bercampur, jika dicampurkan, maka minyak itu akan terapung-apung di atas permukaan air. Tetapi jika air itu mengandungi sabun, maka minya...k yang ada pada tapak kaki labah-labah tersebut akan terlarut, dan tenggelamlah labah-labah itu.

HEBATNYA ALLAH.!!
SUBHANALLAH..!!
AWESOME..!!

p/s : setiap makhluk Allah itu punya kelebihan & kekurangannya masing2..bersyukurlah..Alhamdulillah.,!
(n__n)

Islamic Couple VS Khinzir Islam



backpain











Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura ni belajar sama2, kat SAM Bestari. Dah lame2 tu... Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik giler la nak citer. Tapi, Syafiq cuba tahan. Dia x leh luahkan perasaan dia kat Safura sbb nanti takut kena tangkap ngan ajk maksiat. Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, bila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah x leh tahan. Dia mengatur langkah... dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walau macam manapun, diorang ni sedar, yang diorang ni orang islam. Islam x bg umatnya couple2 ni. Jd diorg pakt2 la. Diorang ni nak wat satu revolusi dalam couple.


"ISLAMIC COUPLE"

Asal keluar je, pergi tempat terbuka. X men tmpt glp2 nih. Bukan tu je, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pulak pakai serban ngan jubah. Lepas tu keluar bukan buang masa, keluar bawak Al-Quran. Berhenti kat kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pulak, mane pegang2 tangan, diorang ikut cara nabi Musa. Lelaki kat depan, perempuan kat belakang. Bila balik rumah, miss call pagi2. Suruh qiamullail. Hah! kan islamic punya couple tuh. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu ngan Muhammad. Masa ni Syafiq ngan Safura tengah tadarrus kat RFC. Muhammad tiba2 datang sebab x de tmpt duduk. Bila dah duduk tu, Muhammad tanya," Have you married?" "No", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kitorang couple, tapi islamic way" jwb Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.

Muhammad pun memulakan ceritanya... "ak ni muallaf. Asal dulu ak kristian. Tinggal kat singapore. Dulu, ak suka giler makan babi. Klu sehari x mkan, pengsan ak. Pernah sekali mak ak lupa beli babi, ak masuk wad malam tu. Tetapi, alhamdulillah, Allah bukak pintu hati ak untuk terima hidayah-Nya. Bila ak masuk islam, ak dapat tahu, dalam islam x leh makan babi. Aduh, pening kepala ak. Camne ak nak wat ni?? Seminggu ak masuk hospital lepas masuk islam. Klu zaman Rasulullah dulu ade peringkat2 dia. Tapi ak.. mane ada. Jd, time kat hospital tu ak pikir. Akhirnya, ak jumpa satu jalan keluar. Ak nak islamkan babi tu. Ak beli seekor anak babi. Dari kecik ak jaga die. Seekor lalat pun ak x bg dekat. Setiap jam ak mandikan dia. Lepas 3 hari, ak bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lps tu, tiap2 hari ak bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak ak vacuum terus. Camnilah kehidupan ak dan babi tu buat 2 tahun. Lps dua tahun, mase yg ditunggu2 tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok2 babi ni x de leher. Tp, lantaklah. Ak tibai je sebab dah 2 tahun x makan babi ni. Lpas tu, ak pun masak la bakut teh. Tgh2 makan, nampak seorang ustaz tengah jalan2. Muka macam lapar je. Ak pun ajak la dia makan. Ustaz!! jom makan. Babi islam nih"... Bile dgr kisah tu, Syafiq dan Safura pun sedar. Klu benda tu dah haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Allah sebagai pencipta Langit, Bumi dan segala isinya termasuk manusia, tentu tahu betul bagaimana ciptaannya.

Allah mengetahui mana yang baik untuk manusia & mana yang buruk bagi manusia. Oleh itulah dalam Islam SANGAT TEGAS SEKALI ANTARA PERINTAH, LARANGAN, SUNNAH, MUBAH & MAKRUH. Satu-satunya agama yang tetap konsisten dalam ajaran, SEJAK AWAL TURUN, YANG NAMANYA HARAM TETAP HARAM, YANG NAMANYA WAJIB TETAP WAJIB....

January 5, 2011

10 Muwasofat Tarbiah~


10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang tentera dakwah. Dari detik pertama seseorang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini
"Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami"


1) Aqidah Sejahtera

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih

Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)Mampu Bekerja

Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas

Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas

Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7)Mujahadah (Menguasai Diri)

Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya

Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa

Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar

10)Bermanfaat Kpd Orang Lain


Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai



p;s : mampukah kte memiliki semua ini??