Ma pages

May 30, 2011

CANTIKNYA SEORANG GADIS ITU SEBAGAI......


cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS

Bukan kerana merah kilauan lipstick

Pada bibir memekar senyuman kosmetik

Tetapi pada keperibadian terpelihara

Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Untuk menggoda pandangan nafsu mata

Tetapi pada kehidupan terjaga

Dari menjadi mangsa tohmahan dunia


Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam

Sehingga turunkan insan ke dunia

Tetapi menjadi pembakar semangat perwira

Menjadi tunjang perjuangan syuhada'


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri ke lembah kedurhakaan

Mengalir mutiara di kelopak mata

Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa

Pada hari kebangkitan semula


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga

Tetapi sentiasa bersama

Menempuh badai di sisi suami tercinta


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan di mata

Tetapi bijak dalam menjauhi persengketaan ipar
duai

Menjadi penghibur permata keluarga


Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU

Bukan terletak pada kebangkitan anak

Dalam setiap pertelingkahan

Teapi di bawah lembanyung kejayaan

Membuai anak di kala suami menjalin impian


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA

Tidak kerana berjaya meruntuh istana

Tetapi jalinan kasih sayang

Tulus hati mengagih kasih setara kepada semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK

Bukan memberi harta dunia

Sehingga generasi lupa

Tetapi menjadi pendita

Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA

Bukan kerana menyandang puncak dunia

Tetapi bijak menangkis rintangan

Peka membela nasib dan maruah negara

Menjadi tulang belakang keteguhan semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai
INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan

Sehingga menjulang keegoan

Tetapi mencari ilmu

Menyala obor mewangi setanggi profesionalis


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MUSLIMAH

Bukan kerana keindahan paras rupa

Sehingga menjadi igauan mata

Tetapi berpegang pada Akidah Solehah

Di sebalik tirai jiwa

Menganyam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Mengharap keredhaan kehidupan awana...


No comments:

Post a Comment

UrComment..