Ma pages

May 30, 2011

CANTIKNYA SEORANG GADIS ITU SEBAGAI......


cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS

Bukan kerana merah kilauan lipstick

Pada bibir memekar senyuman kosmetik

Tetapi pada keperibadian terpelihara

Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Untuk menggoda pandangan nafsu mata

Tetapi pada kehidupan terjaga

Dari menjadi mangsa tohmahan dunia


Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam

Sehingga turunkan insan ke dunia

Tetapi menjadi pembakar semangat perwira

Menjadi tunjang perjuangan syuhada'


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri ke lembah kedurhakaan

Mengalir mutiara di kelopak mata

Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa

Pada hari kebangkitan semula


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga

Tetapi sentiasa bersama

Menempuh badai di sisi suami tercinta


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan di mata

Tetapi bijak dalam menjauhi persengketaan ipar
duai

Menjadi penghibur permata keluarga


Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU

Bukan terletak pada kebangkitan anak

Dalam setiap pertelingkahan

Teapi di bawah lembanyung kejayaan

Membuai anak di kala suami menjalin impian


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA

Tidak kerana berjaya meruntuh istana

Tetapi jalinan kasih sayang

Tulus hati mengagih kasih setara kepada semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK

Bukan memberi harta dunia

Sehingga generasi lupa

Tetapi menjadi pendita

Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA

Bukan kerana menyandang puncak dunia

Tetapi bijak menangkis rintangan

Peka membela nasib dan maruah negara

Menjadi tulang belakang keteguhan semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai
INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan

Sehingga menjulang keegoan

Tetapi mencari ilmu

Menyala obor mewangi setanggi profesionalis


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MUSLIMAH

Bukan kerana keindahan paras rupa

Sehingga menjadi igauan mata

Tetapi berpegang pada Akidah Solehah

Di sebalik tirai jiwa

Menganyam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Mengharap keredhaan kehidupan awana...


Hati Gudang Mazmumah

Hati adalah merupakan gudang atau khazanah
orang yang beriman yang cintakan Allah dan takut dengan-Nya
ia adalah meruapakan khazanah yang tersimpan
di dalamnya aset-aset intan berlian, mutiara emas dan perak mahmudah
orang yang tak beriman atau lemah iman
hati merupakan gudang yang tersimpan najis-najis mazmumah yang rohaniah
makin orang itu dewasa semakin penuh dengan najis-najis mazmumah rohaniah
yang sudah matang yang akan meledak muntah
najis-najis rohaniah inilah yang selalu melimpah ruah
melalui anggota lahir yang memusnah
kadang-kadang meleleh melalui lidah
ramai yang susah
ada orang terhina ada orang yang kena fitnah
adakalanya mengalir melalui matanya
maka jadilah mata keranjang dan mencari-cari kesalahan orang
tidak kurang juga mengalir melalui otak
untuk merosakkan bangsa, agama dan negara
haru-birulah bangsa dan negara dibuatnya
tergugat kestabilan negara
jika lahir najis mazmumah itu mengalir di tangan
ramai orang kena lempah rumah terbakar bom meledak (note : mungkin bukan lempah tapi lempang, salah taip rasanya)
yang memusnah dan merosak
orang kena rompak orang kena tembak
bank dirompak rasuah banyak
kalau keluar mazmumah itu di tempat alat kemaluan berlakulah rogol dan zina
seolah-olah gudang tadi adalah gunung berapi yang aktif
yang sering memuntahkan laharnya yang memusnah dan merebak
menyakitkan dan membunuh binatang dan manusia
di mana-mana saja
memusnahkan harta benda dan khazanah-khazanah negara
bahkan najis-najis mazmumah rohaniah ini
lebih berbahaya daripada gunung berapi yang meledak
gunung berapi meledak sekali-sekala sahaja
tapi ledakan najis mazmumah ini setiap waktu dan ketika
tidak kira di mana saja
kerosakannya dan pemusnahannya setiap hari berlaku tidak rehat-rehat
hingga bahayanya manusia tidak dapat hidup
di dalam keadaan aman damai, harmoni dan bahagia


Pertunangan Yang Mengikut Syariat




Sebelum seorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya.

Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Tuhan sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardhu ain si lelaki benar-benar beres sebab suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri bila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan perlaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan
secara berjemaah. Memerhati matlamat perniagaan dan perusahaan atau matlamat dalam pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya rumahtangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga.

Tidak hairanlah bila lepas kahwin kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibubapa dan isteri jadi ‘Queen Control’ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir
rumahtangga menurut hukum Islam.

Ibubapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya,
berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”

Rasulullah saw bersabda lagi:

“Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi.”

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan samada mahu menerimanya atau tidak, cuma secara beradapnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahulu.

Mana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan. Sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya. Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan
berakhlak mulia.

Akan tetapi kalau si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya dari pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti jaga iaitu tidak berlakunya percampuran di antara lelaki perempuan. Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan sebab hati yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua tetapi sampai ke hari tua.

Contohnya, orang di zaman salafusaleh, rumahtangga mereka berkat sebab dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Tetapi kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan peradapan menurut Islam. Sampai akhir hayat pun mungkin rumahtangga itu nampak tak cantik, tak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku hari ini.

Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya pakaian, makanan, buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah. Memadai dngan sebentuk cincin saja sudahlah.

Malah ajaran Islam tidak pernah menyusahkan umat Islam dengan cara demikian. Bila hantaran terlalu tinggi hilang keberkatan rumahtangga.

Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut bila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya diri wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya, kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik yang terendah. Sabda Rasulullah saw:

“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw lagi:

“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sediki mas kahwinnya.”

Bersabda Baginda lagi:

“Setengah daripada berkat permpuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya.”

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah saw itu hanya sepuluh dirham saja; sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumahnya.

Setengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham)

Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Sayidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya:

“Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat Al Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya ayat dalam surah Al Fatihah atau Al Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.

Akan tetapi apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan.
Kalau begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperluatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai dengan apa yang
telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempuh yang agak lama jaraknya dengan penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.

Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang aman daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah. Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.

Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.

Perbualan hanya sekadar menanya khabar, memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat. Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang samada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya. Di larang melihat tunang secara bersendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan kita di dalam sabdanya:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan”

Rasulullah saw bersabda lagi yang maksudnya:

“Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada muhramnya.”

Anda Bijak Jauhi Zina!


”Bergomolan dengan babi(khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.”

(Riwayat Ibnu Majah)

”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.”

(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Teka-teki daripada Imam Ghazali....


1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Pada suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya.
Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini ?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

May 19, 2011

Allah sebaik-baik perancang! He know best!


ASsalamualaikum….

Sepinya rasa Renovate Ur Hearty sejak 2,3 bulan ne… bilala gamaknya aku nak jadi penulis yang istiqamah…..
catatan aku hari bukanlah sesuatu yang menarik untuk kalian mendengarnya..tetapi ap yang aku rasa ini, sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata…Allah sendiri memahaminya,..

Dua tiga bulan yang lalu, aku sibuk mencari company2 y sesuai dengan majorku dan minatku untuk menjalani latihan industry (practical) iaitu graphic design, minatku lebih tertumpu kepada graphic advertising , animation ataupun 3D. KL ibu kota raya menjadi tempat pilihanku. Setelah disuggest seseorang, aku mula jatuh cinta dengan satu company ne y terletak di jalan jelatek, KL . Berdekatan opis KRU record’s. Ntahla..hati aku memang nak sangat pegi situ tambahan sudah mendapat lampu hijau dari Mak sedara yang ada di sana untuk menumpang di rumahnya.
Borang pun dihantar…..(berdebar2)

2,3 ari selepas itu, aku menghubungi opis itu kembali untuk mendapatkan jawapan..

aku : Assalamualaikum cik, sy ………bla...bla………..erm……ada terima surat saya x?
opis : waalaikumussalam…owh..kamu…aa..ade…tapi belum bukak lagi.. sebentar ye,nanti saya call awak balik..
aku : owh okey..(=’’=)

10min kemudian..

opis : erm..adik maaf ye, tempat sini dah penuh, dah ada student2 praktical dr U lain… tapi akak bolah tolong. Kat depan opis kami, ada company graphic y sedang mencari graphic designer. Ne rahsia tau!, sebab mereka belum pun iklankan jawatan tu kat paper..hehe..
aku : er,..yeke..erm..takpala macamtu ( hampanya….)
opis : erm..ne no fone nya..adik try contx yer..
aku : owh time kasih byk…:)
opis : sesame…:)


“Fuh, sedihnya rasa time tu..herm..Sungai Petanilah nampak gayanya ”
Keadaan ini berbeza pula dengan my gorgeouss mum’s kat rumah..Actually, dya lebih suka anaknya practical tempat yang lebih dekat walaupun tanpa gaji.. risau benor..samalah ngan my brother.. pokok kata ramailah y xbrapa harap aku ne pegi jauh…erm..=’’= ( I’m 22 lah)

15 Mei 2011

Bertolak lah aku, abang dan mak ke Sungai petani untuk menghantarku dan barang2… Dalam kami tiga orang rupa-rupanya sorang pun xfamiliar sangat dengan bandaraya SP neh..Sepupu aku yang naik moto yang akan aku gunakan di SP sajalah yang tahu serba sedikit selok belok SP..tu pun… jalan jauh yang dya bawa kami..huhuh..sabo jela….Di sini…aku memilih untuk menumpang bilik dengan dua orang akhwat di hospital Sungai Petani. So, lebih kurang macam duduk hostellah..hek2.. Pada petang itu aku dan family pergi melawat tempat kerjaku itu y terletak di lagenda height bagi memudahkan aku dengan melihat suasana, jalan, stesen minyak, gerai dan segalanya.

Thank’s A lot My Luvly Family!

16 Mei 2011

Bermulalah kehidupan aku sebagai budak practical y xcited mencari pengalaman..
awal betol aku bersiap..haha..8.20am dah bertolak walaupun sebenarnya opis hour 9am-6pm. Mak dah pesan awal2 suruh pegi awal sebab takut sesat jalan pulak..adoila….^___^

8.45am : baru sampai opis.. ( lama betol perjalanan..maklumlah ikut jalan jauh..dahla nak nak dekat sepluh traffic light y dilalui semuanya merah!)

9.00 am : “lengang je…
9.15 am : “ biar betol…takkan cuti kot..erm..takpa2..tggu ja dulu.sabar la sarah..

9.30 pm : ( pelik amat sangat lalu amek kputusan utk call bos)

Aku : Assalamualaikum cik,er…betol ke sy daftar arini…xda orang pun..?
bos : waalaikumussalam…owh..sorry2 sya lupa nak bagitahu yang saya dah pindah opis dekat laguna..
Aku : (what…!!) owh yaka..er..okey2..sory saya lambat sikit sebab nak kena cari peta dulu ke laguna.. (padahal xla jauh sgt:P)
bos : okey2..takpa

Herm..dalam hati aku..dah xtaw nak pikir apa..dah la tahu jalan…aku takut jauh je tempat tu…Last2 aku jumpa juga destinasi yang dituju,, alhamdulillah , erm..xsangka bos aku ne cantum company grafik dia dengan restoran yang diasaskan oleh isterinya..wah....sesampai je..kaget aku…aku sorg je perempuan..3 lagi lelaki dari somewhere..(mengeluh lagi aku…astaghfirullahal’azim) nasib baik ada isteri & kaum keluarganya yang lain menguruskan restoran.

Dipendekkan cerita…

Aku tak sangka Allah permudahkan segala perjalanan aku yang kalau ikutkan aku xmahu pun ikut jalan yang terbaik itu!

Aku mengeluh apabila xdapat company yang aku inginkan,

Aku mengeluh sebab company yang aku practical sekarang tak bagi elaun,

Aku mengeluh sebab opis bertukar tempat,

Aku mengeluh sebab hari pertama bekerja aku ikut jalan yang jauh,

Sebaliknya :

Aku sangat bersyukur kerana practical di sini setelah mendengar rakan2ku yang practical di KL mendapat layanan yang teruk. Kerja lebih masa yang melampau sampai tak diberi ruang untuk solat. Kerja yang banyak sebab byk dapat tender.Aku baru dapat tahu yang mereka akan direject oleh syarikat tu… Kesiannya..:( Sabarla semuanya…yakinlah ada hikmah & kasih syg Allah di sebalik semua ini...

Setelah dapat tahu yang company aku sekarang tak bagi elaun, aku mula penin+risau@____@

“mana nak cari duit oi…3 bulan tu…kesian la mak aku..huhu”

Aku bersyukur sekali lagi yang opis ini dipindah ke restoran di laguna itu sebab hari2 makan tghr & pagi disupport..Fuh..memang langsung x diduga..Kalau la opis ne masih di tempat yang lama dah tentu-tentu aku tak dapat nikmat ne kan..seb sikit la bajet aku..hehe ..Mak la org yang paling happyJ..

Hari pertama aku memang memenatkan..penat bawa moto dicelah2 orang ramai & traffic light yang langsung tak bagi chance..pukul 6 kuar opis, 6.45 baru sampai bilik…mauunya tak mengeluh..Hari kedua & seterusnya barulah aku ikut jalan baru yang ternyata memakan masa 10minit je (petua jalan yang diberi oleh housemateku)..sabo jela..:P Tapi rupa2nya..hikmah yang tersembunyi ialah aku dah mula tahu selok belok jalan di SP ne dek kerana perjalanan aku yang jauh tu..Tergelak aku apabila teringatkannya kembali..heheh

Perkara yang paling best aku berada di SP ialah aku jumpa usrahmate yang baru..& bkenalan dengan akhwat2 di SP. Sikap yang mereka tunjukkan benar2 buat aku tkesan dan muhasabah balik iman aku yang lemah. Creadit to my housemate! Aku ingin jaga mutabaah amal aku sebaik mungkin.. Guide me Ya Allah..

Satu ja persoalan y masih aku belum temui jawapannya.. “kenapala..aku sorg2 je perempuan dkt company ne”…huhu..Namun, aku yakin…Allah maha mengetahui jalan yang terbaik buat hambaNya..

Teringat aku pada ayat indah ini :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(al-Baqarah :216)


HANYA ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG……

ALHAMDULILLAH…THANK YOU ALLAH….


***orang2 RM: tnxs 4 da cutety pink's bag & RM10...lov urs..huhu

creadit to :

  • Mum&Dad
  • Family
  • Akhwat Penang specially org2 RM
  • Akhwat SP speacially Ukht Mazwin & Ukht Nabilah
  • Company Member's
  • My luvly friends
  • My self




There was an error in this gadget