Ma pages

July 24, 2010

DF+BOIKOT vS @ =ISU SEMASA

Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam,maksudnya:

“sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam.Apabila
beliau(anak Adam) berzikir, syaitan itu akan berundur dan apabila beliau lupa
kepada Allah,syaitan akan mengunyah hatinya.”
Nauzubillahiminzalik,mg2 kita semua dilindungi.Syaratnya?Dengan mengingati Allah
SWT selalu(zikir).

Pagi yang indah,hati ini bagai ditarik2 untuk menulis sesuatu sebagai
perkongsian dengan antum semua.Tengok tajuk pun dah jelas sebenarnya. Dakwah
Fardiah(DF).Tapi kalau tidak faham,jangan la pening pulak tengok tajuk ni,macam
rumus Matematik pulak jadinya.Kenapa ana perlu letak
‘DF + BOIKOT vs@=ISU SEMASA’?

Malam khamis y lalu, ana menghadiri Ceramah pasal Isu Palestin,MrV
Marmara(ana pun x tau program tu nama pa, pakai hentam p ja)..Mungkin ramai lagi
dalam kalangan antum yang turut sama menghadiri majlis tersebut.Dalam banyak2
perkongsian daripada Tuan Haji Noorazman(mcm tu ka namanya?maaf andai silap)yang
sangat menyentuh hati,ana tertarik pada seruannya untuk semua yang hadir supaya
memboikot barangan daripada Yahudi laknatullah itu.Antaranya,seperti yang ramai
tahu,McDonald dan sebagainya.

Fikiran ana kembali terimbas pada GRUM yang lepas,di mana setiap peserta
bersungguh2 melakukan DF dan bercakap mengenai isu Palestin,Save GAZA,dan
seumpamanya sebagai isu utama.Kiranya DF pada waktu tersebut memanglah berfokus
pada isu tersebut sepenuhnya,begitulah boleh dikatakan.Ana sendiri,itulah
pengalaman DF yang menarik ana rasakan,dengan pengetahuan sepicing cuma,ana dan
rakan-rakan berapi2 bercakap pada masyarakat di lokasi tersebut mengenai isu
ini.Macam2 alternatif kami guna pakai waktu itu,buat kad bentuk kapal,LOVE, dan
sebagainya untuk diberi pada orang ramai.Pelbagai reaksi yang kami temui,malah
yang menariknya ada seorang kakak ni,dia seronok mendengar ana bercakap pasal
isu ini,sampai dia cakap,cerita la lagi,dia nak dengar.Mati kutu ana jadinya,bkn
tahu sangat pun masa tu,jadi ana terpaksa berterus terang,tapi ana ‘cover’
dengan cerita sejarah zaman Nabi kemudian kait semula dengan isu Palestin.Nasib
baik,sebelum buat DF,hari sebelumnya kami ada Slot bersama DR.HAFIDZI,boleh la
guna pakai apa-apa yang diingat sikit2 daripada ceramah DR.Itulah,sedikit
sebanyak pengalaman ana buat DF +kempen BOIKOT mengenai isu ini.

Dalam ana dok bercerita panjang ni,sebenarnya tu baru mukaddimah,belum masuk
ke cerita sebenar yang ana nak kongsi lagi.Yang ana nak cerita sebenarnya adalah
pengalaman ana di DF kan oleh seorang Pak Cik di atas bas.Minggu lalu,ana balik
kampung 2 hari.Sehari di rumah kak ana,hari kedua baru balik rumah..Jadi rumah
kak Long ke rumah ana kena la naik kenderaan,tak mahu susahkan abang ipar
ana,ana bercakap,berlagak,tapi sebenarnya berseloroh ja,malas nak susahkan
orang. “Eleh,kalau depa tolak acik nanti,acik tolak ja depa balik” kata ana
menyedapkan hati k.long dan suaminya.Maklumlah waktu itu,waktu kemuncak budak2
balik sekolah,dan kebetulan minggu balik kg bg pelajar asrama,pasti keadaannya
sangat sesak.Berhenti sahaja bas di tempat kami menunggu,ana la paling semangat
pergi berdiri di pintu bas di bahagian depan.Ceh,malang betul,buat malu ja.Pak
Cik bas tu x buka pintu depan pun,sebaliknya hanya buka pintu belakang.

Alamatnya,jadilah ana antara orang yang terakhir naik bas,dan tentu2 la
tak dapat tempat duduk.Eh,ok ja diri2 ni.Yang penting ramai lagi orang kena
diri,X la malu.Kebetulan tempat ana berdiri,kerusi yang terletak berhampiran ana
tu,duduknya oleh seorang Pak cik tua,berusia dalam lingkungan 60-an begitu,tapi
di tepi tingkap la dia.Di sebelahnya duduk seorang pelajar perempuan sekolah
yang abang ipar ana mengajar.Nak dijadikan cerita,rumah budak perempuan ni x la
jauh mana,sekejap saja dah sampai..Bila dia turun,kiranya kerusi yang
didudukinya tadi menjadi kosong.Ana melihat Pak Cik tadi mengalih pandangan
kepada kami yang berdiri(kami semuanya perempuan).

Pandangannya seolah-olah berkata,
“pasai pa kerusi kosong hangpa x duduk, tadi dok rebut2 sangat”
tu teka ana saja la. Ana yang perasan pandangan kurang senang Pak Cik tersebut,bertindak
menyuruh budak kampung ana yang usianya jauh lebih muda daripada ana untuk
duduk. Dia menggeleng sambil tersenyum2, pelawaan ana yang tidak dilayan, ana ubah
dengan meminta seorang adik sekolah rendah untuk duduk, yang berdiri tidak jauh
daripada kami. Adik kecil tersebut langsung duduk apabila disuruh. Pelajar
perempuan yang usianya muda sedikit daripada ana saling tersenyum sesama
kami,entah apa yang mereka senyumkan ana pun x pasti,mungkin mereka nak
duduk,tapi macam ana juga,segan. Maklumlah yang lebih kecil ramai,bagi la can kat
adik2 tu untuk duduk. Tahu apa reaksi Pak Cik tu,sambil memandang ana???

“Oh, nak duduk tepi aku,x mau,malu la konon,dok dating,dok peluk dengan jantan, x malu pulak. Malu nak dok tepi aku,sokong Yahudi, beli rokok Yahudi, makan barang Yahudi, x malu pulak. Dok pakai handset yang Yahudi buat, hangpa x malu pulak, yang tu la hangpa dok guna mesej la dok telepon p.we hangpa.Nak dok tepi aku ja
hangpa tau malu”

lebih kurang macam tu Pak Cik tu DF kami,atau mungkin lebih
tepatnya DF ana. Berdesing jugak telinga ana mendengarnya."Sabar saja la,orang
tua2" saran hati ana. Mula2 memang dah macam naik angin ana jadinya,kami semua
membisu mendengar DF@omelan Pak cik tersebut.
Tapi dalam nak marah ana,ana dok
fikir2,ana tergelak pulak,macam lucu pulak jadinya.Sebab tiba2 ana terfikir,wah
hebatnya Pak Cik ni buat DF,dan berkempen untuk memboikot barang Yahudi.Ada
caranya tersendiri,ana pun x sanggup buat macam tu,jadinya hati yang panas pada
mulanya,jadi dingin sendiri,malah mulut yang mencuka,jadi senyum berpanjangan
pula. “X pa la,Pak Cik. saya terima kata2 Pak Cik,yang penting saya bukan buat yang macam Pak Cik kata, semoga saya sentiasa sedar diri”
doa ana di dalam hati. Sungguh x sangka hari tersebut ana pulak di ‘DF’ dengan agak tragis,ya x? Dunia ni,macam2 orang kita boleh jumpa,mcm2 perangai,mcm2 pendekatan,bak kata
Pak Cik Astro, ‘macam2 ada’. Hehehehe.....:D

Wallahu’alam.

**ana dalam cerita di atas merupakan salah seorg sahabiah ana d USM campus.. y bukan setakad kawan y berada dalam senang mahupun susah tp juga teman sehaluan y tetap hati n pendirian demi berkecimpung dalam dunia Da'wah ini..InsyaAllah...
**Jazakillah K.Cik atas perkongsian x ternilai ini,,,

^_^

No comments:

Post a Comment

UrComment..

There was an error in this gadget