Ma pages

September 3, 2010

Ramadhan datang dan pergi.


Ramadhan datang dan pergi.
Apakah kembara hidup kita terus dinaungi oleh teduh keberkatannya? Tahun demi tahun, apakah kita semakin menghampiri takwa yang menjadi tujuannya? Atau ia terus memecut, berlalu… meninggalkan kita yang masih bertatih mengejar kemuliaannya. Manalah tahu nyawa terhenti dan Ramadhan terus tidak sempat kita cecah walau secebis rahmat, keberkatan, maghfirah, apatah lagi Jannah yang menjadi tagihannya.

(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)

Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semoga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya
Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri
(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)

Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan

Ketika Ramadan dan Syawal datang jua Tapi kita telah tiada… untuk menyambutnya!


by:pahrol mohd juoi


Salam Ramadhan &

Aidilfitri buat semua

Maaf Zahir & batin,,

No comments:

Post a Comment

UrComment..

There was an error in this gadget