Ma pages

June 10, 2011

Black Heron; Binatang yang Sangat Unik


alt

Kita tahu cara sesumpah menunggu mangsanya adalah dengan menyamar sebagai persekitaran, ada binatang yang menyamar sebagai batu kerana warna badan mereka hampir-hampir serupa. Tetapi burung black heron yang anda akan baca selepas ini sangat unik. Sangat berbeza dan cool.

Nama saintifiknya adalah Egretta ardesiaca, dan dikategorikan sebagai binatang-binatang yang diancam kepupusan.

Burung ini tinggal di kawasan Senegal, Sudan dan bahagian timur Afrika. Kebiasaannya dijumpai di kawasan tanaman-tanaman yang berair, tebing2 sungai, ataupun kawasan padi. Biasanya burung Black Heron akan memburu secara solo, tetapi kadang-kadang secara berkumpulan. Burung Black Heron ini uniknya hanya berburu di kawasan panas terik. Dan tatkala cuaca mendung dan hujan, keunikannya tidak akan kelihatan.

Kenapa panas terik?

Burung ini memburu dengan akalnya yang diilhamkan, bukan dengan kepantasannya sepertiBlack Hawk, bukan juga dengan ketajaman matanya seperti Helang yang mampu melihat arnab dengan jelas ketika terbang 2kilometer di atas bumi. Inilah yang membezakan binatang ini dengan binatang yang lain. Ya Allah, Maha Suci Engkau kerana menciptakan segala-galanya, dan amat rugilah sesiapa yang menafikan kebesaranMu.

وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِنْ دَابَّةٍ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Maksud:
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. ~Al-Jaathiyah: 4~

Macamana tu?

Ya, burung ini mengembangkan sayapnya sehingga menyerupai payung, payung hitam maut yang berduri, yang menjadi tempat teduhan ketika panas terik untuk ikan-ikan kecil. Ikan-ikan kecil yang akan berlindung disebalik bahang kepanasan pada hari itu akan menyangka mereka itulah rezeki mereka kerana disediakan tempat berteduh. Tetapi hakikatnya, itulah rezeki Black Heron yang menyediakan ikan-ikan kecil tempat berteduh. Dan ketika ikan-ikan kecil itu berlegar-legar di bawah 'payung hitam' itu, Tercatatlah sebuah rezeki untuk Black Heron pada hari tersebut. Indahnya ciptaan Allah di muka bumi ini, mempunyai cara dan keunikan tersendiri yang pelbagai yang tidak dapat dijangkaui logik akal manusia sendiri. Allah telah menunjukkan tanda-tandaNya, dan terpulang kepada kita manusia untuk mencari, dan mentadabburinya.

jzkk : http://www.iluvislam.com/tazkirah/sains-a-islam/2587-black-heron-binatang-yang-sangat-unik.html

p/s : Setiap makhluk Allah punya kelebihan & kekurangannya masing2:)

No comments:

Post a Comment

UrComment..

There was an error in this gadget